dgn kenaikkan harga kolam pancing air tawar seksyen 24..
ni adalah info harga dan peraturan baru bagi kolam tersebut..
Location | |
---|---|
About | KOLAM INI ADALAH SATU-SATUNYA KOLAM PANCING YANG TERLETAK DI TENGAH-TENGAH BANDARAYA SHAH ALAM. |
Description | BAYARAN MEMANCING : -RM8.00 SEJAM -JACKPOT RM7.00 BAYARAN DEPOSIT UNTUK MEMANCING (WAJIB) : -RM8.00 x 3 JAM = RM24.00 + J/POT RM7.00 -JUMLAH =( RM31.00 UNTUK 3 JAM MEMANCING ) -TAMBAHAN RM7.00 UNTUK JAM BERIKUTNYA... "PAKEJ MIDNIGHT" : -RM35.00 + J/POT RM7.00 = RM42.00/JORAN -BERMULA DARI JAM 11.30 PM - 7.00 AM "PAKEJ MIDNIGHT" PADA HARI KHAMIS *selepas pertandingan* -START DARI 2.00 AM - 7.00 AM -RM24.00 + J/POT RM7.00 = RM31.00/JORAN UNTUK 5 JAM... *JACKPOT BAGI KOLAM INI DITUTUP PADA SETIAP 2 MINGGU. *PIHAK KOLAM JUGA MENYEDIAKAN JACKPOT SAGUHATI BAGI SEMUA SPESIS IKAN YANG BERATNYA 6KG DAN KE BAWAH.JACKPOT INI ADALAH HADIAH DARI PIHAK KOLAM SENDIRI. SYARAT- SYARAT MEMANCING DIKOLAM INI : - KONSEP MEMANCING DISINI ADALAH BOLL DIDALAM MULUT. - TEKNIK SEMBAT ADALAH DILARANG KERAS. - PELAMPUNG DAN MATA TIGA TIDAK DIBENARKAN SERTA MAKSIMUM 2 MATA SAHAJA YANG DIBENARKAN. -HANYA UNTUK MEMANCING SPESIS IKAN ROHU SAHAJA DIBERI KELONGGARAN MENGGUNAKAN 5 MATA.. - DILARANG MENYAMBUNG KAD PEMANCING LAIN. - UNTUK IKAN YANG BERATNYA MELEBIHI 4KG, TIDAK DIBENARKAN DIBAWA PULANG DAN MESTILAH DIJUAL PADA PIHAK KOLAM. -PIHAK KOLAM AKAN MEMBAYAR BALIK IKAN DENGAN HARGA RM1.00/KG. - UNTUK IKAN YANG DITIMBANG UNTUK J/P MINGGUAN, MESTILAH MENGGUNAKAN TANGGUK TANPA MENYENTUH TANGKAPAN DAN TERUS DIBAWA KE KAUNTER TIMBANG DAN PENGESAHAN IKAN HANYA DI KAUNTER TIMBANG SAHAJA. - UMPAN BEBAS KECUALI ORGAN DALAMAN HAIWAN/KONGKANG/YANG DIPERBUAT DARIPADA PERUT AYAM ADALAH TIDAK DIBENARKAN. |
---|---|
General Information | KOLAM INI DIBUKA 24 JAM SEHARI DAN 7 HARI SEMINGGU KECUALI PADA HARI JUMAAT DITUTUP DARI JAM 12.30 TGHARI HINGGA 2.30 Ptg "PERTANDINGAN MEMANCING PECAH JACKPOT PATIN DAN PACU 9KG KE ATAS" -PERTANDINGAN AKAN DIADAKAN PADA SETIAP HARI KHAMIS -WAKTU PERTANDINGAN IALAH 9.30PM-1.30AM -HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN BAGI PARA PESERTA : 1)RM1000 2)RM400 3)RM150 4)RM80 5)RM60 6)RM60 7)RM50 8)RM50 9)RM50 10)RM50 11)RM40 12)RM40 13)RM40 14)RM40 15)RM100 **WAKTU AKHIR MENDAFTAR MASUK BAGI MEMANCING BIASA PADA HARI KHAMIS ADALAH PADA JAM 2 PM.KOLAM AKAN DITUTUP PADA JAM 5 PM PADA SETIAP KHAMIS BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA AKTIVITI PANCANG UNTUK PERTANDINGAN. LAIN-LAIN KEMUDAHAN : -KOLAM INI TERLETAK BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS SEPERTI RESTORAN,KEDAI RUNCIT,7-eleven,MASJID DAN UPTOWN SHAH ALAM. **BAGI SESIAPA YANG MENGGUNAKAN GPS,INI IALAH KOORDINAT UNTUK KE KOLAM PANCING SEKSYEN 24,SHAH ALAM : N 03° 2.141' E 101°31.266' |
Phone |
---|
info lg lanjut layari page fb kolam pancing seksyen24