Wednesday, August 3, 2011

umpan tongsan

umpan tongsan sisik halus


Macam biasa bahan-bahannya:
1 peket dedak 929
1 peket dedak 920
1 peket dedak 923
1 peket dedak 286 (warna coklat cerah) (cap kepala helang)
perisa pandan emoclo
perisa pisang (esen pisang pun bleh)
spring
tali braided 25lb
mata sabit onwer 1/0
tanah liat aka plasticine
selepas itu kita masuk dedak2 itu dalam sukatan berikut :

sepeket dedak 929 500g
dedak 923 200g
dedak 920 200g
dedak 286 100 g
20ml perisa pandan
35 ml perisa pisang
masukkan sekali semua bahan tu gaul bagi sebati k
bila dah sebati baru masukkan air sedikit demi sedikit
sampai rasa kita boleh kepal ............jangan terlalu keras dan terlalu lembut k
nak nampak dah jadi kita bila kita balik tak berterabur dan masa dia jatuh dalam air baru dia pecah..................

so bila dah siap bancuh kita ikat mata kail onwer 1/0 pada braided 25lb ukuran dalam 3 ruas jari telunjuk...............
masukkan gabus kat dalam mata kail tu k
ikat tali braided kat spring tadi
then kepal dedak kat spring tu......KAT MATA KAIL TAK PAYAH
TIPS mancing Tongsan

guna kan plasticine bagi menjadi RADAR kat tali pancing
tegangkan tali (pastikan sentiasa tegang)
bila TONGSAN makan radar akan jatuh (JANGAN SENTAP LAGI)
tunggu bila radar tu naik bail baru sentap sekuat hati kerana mulut tongsan keras

Kalau radar jatuh n tak naik balik tuan2 kena naikkan sendiri pelahan-lahan itu bermakna tongsan tu makan tak lekat kat mata kail...................

OK selamat mencuba


sumber: AJIB_banax

1 comment:

  1. terima kasih atas info dan perkongsian umpan dan teknik memancing ikan tongsan kolam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...