Monday, August 29, 2011

(lawak 18pl)temuduga menjadi angkasawan

Untuk projek penghantaran angkasawan Malaysia yang pertama beberapa tahun lepas, satu sessi temuduga telah dilakukan oleh Pak Lah kepada tiga calon yang terbaik mengikut kaum iaitu India, Melayu dan Cina sebagai tanda Intrigiti di dalam masyarakat. Ketiga-tiga calon dari tiga kaum ini telah dipanggil ke Putrajaya dan calon yang berbangsa India bernama Samy V. telah dipanggil untuk bertemu Pak Lah.

Pak Lah : Andaikata jikalau saya pilih awak sebagai Angkasawan, berapakah jumlah ganjaran yang awak mahu?

Samy V.: RM 1 juta Y.B. Dato Seri....

Pak Lah : Kenapa? Apa alasannya?

Samy V.: Itu sebagai pampasan kepada keluarga saya kerana terpaksa berjauhan dari mereka kerana tugas ini.

Pak Lah mengangguk dan Samy V pun keluar dari bilik Pak Lah.
Kemudiannya masuk calon Melayu yang bernama S.Muzafra...

Pak Lah : Andaikata kerajaan menghantar kamu pergi ke bulan utk projek angkasawan ni berapa jumlah ganjaran yang kamu mahu?

S.Muzafra : RM 2 juta Y.B. Dato Seri...

Pak Lah : Uih... lagi tinggi.... kenapa?

S.Muzafra : Saya kena bagi duit tu pada keluarga saya, ibu bapa dan adik-beradik saya sebab andaikata saya mati disana mereka masih ada sumber untuk meneruskan hidup tanpa saya... Dan nak budget sikit untuk buat kenduri doa selamat kat kampung nanti...

Pak Lah : O.klah, saya akan pertimbangkan.....

S.Muzafra berlalu dan Pak Lah memanggil calon yang terakhir Tee Kiat Seng....

Pak Lah : Andaikata jikalau saya pilih awak sebagai Angkasawan, berapakah jumlah ganjaran yang awak inginkan?

T.K.seng: Aiseh, jangan tanya ini macam Pak Lah, saya memang rela hati.... RM 3 juta cukup...

Pak Lah : Puuuuhhhh tu dia aih!!!.... Kenapa banyak sangat??? Tadi Samy mintak RM 1 juta, Muzafra mintak RM 2 juta... Kenapa you sampai RM3 juta?...

T.K.Seng : Takpa Pak Lah jangan susah hati... Saya sudah kira habis...

Pak Lah : Apa yang hang kira?

T.K.Seng: Saya tada ambil semua... Saya punya Rm1 juta saja, RM 1juta lagi saya kasi untuk Pak Lah punya komisen... RM 1 juta lagi kita kasi sama itu Samy suruh dia pergi jadi angkasawan.... Jadi saya untung, Pak Lah pun untung dan Samy boleh capai cita-cita dia mau pegi bulan....

Pak Lah : Hamjadah punya orang.....

TAMMAT
(Tiada kena mengena dengan yg masih hidup atau sudah meninggal dunia)...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...